lambakan guru sains & matematik.. Apa puncanya?

Categories: isu, Umum
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Published on: 8 February 2012

lambakan guru S&M3 ni jadi sebab kurang murid.. Persoalannya kenapa..?

Pendapat saya, ada kaitannya dengan industri hiburan tanah air kita sekarang… Mentaliti budak-budak & remaja sekarang, tak mengapa kalau tak pandai, janji pandai nyanyi.. Berapa banyak pertandingan nyanyian, kononnya cungkil bakat jadi bintang, paling malang, peringkat kanak-kanak pun ada pertandingan nyanyian.. Apa dah jadi dengan cita-cita budak-budak ni? Dulu cita-cita nak jadi doktor, jurutera, juruterbang, sekarang entah ke mana… Bila budak-budak sekarang lebih sukakan hiburan, belajar jadi 1 perkara yg membosankan..

Yang saya amati sekarang, pelajar sekolah rendah diajar dengan teknik menulis sifir 1-9 dgn corak tertentu yang dinamakan “lattic method”… Saya tidak begitu suka dengan teknik ni kerana ia hanya galakkan pelajar utk ingat “cara tulis sifir” shj, bukan ingt sifir tu sendiri.

lattic method untuk susunan nombor sifir. tak lengkap lagi, cuma bayangkan menulis benda ni untuk ingat sifir.. anda sanggup??

Ini yg berlaku kpd adik2 saya darjah 4 dan darjah 6.. Setiap kali hendak buat kerja sekolah, dia pi buat “corak sifir” dulu pastu baru buat kerja sekolah.. nombor yang disusun cantik tapi perlukah nombor-nombor begini ditulis berulang kali..? dalam buku latihan matematik adik saya, 5 helai kertas, depan belakang, penuh dengan method ni, satu page boleh tulis dalam 6 lattic method.. kalau 5 helai depan belakang mukasurat?? nak kata adik saya ingat sifir matematik? haramm tak ingat.. penat menulis je.. buang masa budak-budak.. benda ni secara tak langsung akan memupuk mentaliti pelajar supaya di”set” utk anggap matematik itu menyusahkan.. yang gambar tu pun saya buat pakai excel, memang la cepat, kalau menulis..??

Ada cara yg lebih seronok utk bagi pelajar ingat sifir dgn laju.. Caranya seperti cikgu tusyen saya thun 1996 buat dulu (sy darjah 6)..
1. Semua pelajar berdiri.
2. Pilih 1 pasangan pelajar (better laki & pompuan).
3. Ajukan soalan sifir dgn pantas!
4. Siapa dpt jawab dulu dgn betul & pantas, boleh duduk..
Dengan cara ni, pelajar yg asyik kalah @ lambat jawab sifir akan rasa “tercabar” dan akan hafal sifir dgn minat sekali…
Tak perlu kaedah “lattic method” atau apa2 method yang buat pelajar jd lembab sifir..
Kurangnya pelajar yg minat sains & matematik, dikhuatiri negara kita akan jadi seperti zaman arab jahiliyah,, pandai berpuisi, menyanyi tapi bila empangan runtuh, tak tau nak bina balik..

-kalau ada silap, teguran amat dialu-alukan- Smile

Sponsored By Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Sponsored By Nuffnang
Clip-On Sunglasses
Arkib Pos..
Welcome , today is Sunday, 20 May 2012